Holla . Assalamualaikum . Welcome to my blog . so da datang ni apa lagi ? follow la .taktau kat mana ? nampak tak mushroom yang comel tu ? klick situ yaa :D da follow ? ok tinggalkan jejak anda di shoutbox yaa . thanks :D

Friday, 21 December 2012

huyaiiii . SPM over :D

Firstly , Alhamdulillah , semuanya telah tamat . Segala titik peluh aku menntut ilmu selama 12 tahun telah tamat . SPM kini telah pun tamat . *opppsy terlewat sesangat , baru ingat nak update . wehoooo. Apa-apa pun Redha dan bertawakal je la lepas ni .

Kehidupan selepas tamat zamna persekolahan ni amat membosankan . Hari2 buat bende yang sama saja . Makan, kemas uma , tengok tb , itu saja laaa . Membesarkan badan saja . Nak keje , ayah soh rehat puas2 sebelum kene keje teros . Soh pilih tempat2 nak sambung belaja . Inn Shaa Allah kalau ada rezeki , *moga2 dapat la mana2 , aminnnnn~


Friday, 26 October 2012

Hari jadi gilerrrr

Assalaualaikumm .. fuhh da lama tak update . da besawang rasanya blog aku ni , sampai pasword pong terlupa bak kata cousin aku yang senget "Ain" hikhik..
die nie tak tau lar nak cakap...senget luar...condong dalam...hahahah.. pape pon dia MY BEST COUSIN . weheeee~..

OK . straight to the point , actually nak citer pasal my exam , yang just around the corner . hikhi sama je ngan Ain . weheee . tapi still sempat beraya di Melaka rumah nenek sebelah ibu . Melupakan sebentar pasal exam ue . namun sebenarnya dalam hati tuhan je la yang tahu . hehehe
Tapi yang peliknyer...aku tengok si ain nie...mcm dah abes exam jekkk...ataupun...dyer yang buat soalan spm kowt...sbb tu macm tak kesah jerrrr......senget. HAHAHAk .

Kesimpulanya kami gile hari ini . Nasib baik tak kene korban bak kata My Aunty , hikhik .
Pape pon . SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA :)




















Tuesday, 11 September 2012

TRial ? :D

Hahaha , da bercapuk da blog ni sebab da lama tak update ,. maaf la . first thing sbb bz raya , then ayah kawin , third sebab trial . so i didn't have enough time to update this blog . im so sory ok :)

wehehehe . trial sudah marii . Kehangatan SPM suda terasa . *ceittt sempat gak online hikhik...
start trial with subject ict yang agak memecahkan kepala jugak laa. but lepas paper ue . pale ringan sikit la. just tinggal sikit ag , sikit2 pun 9 subject jugak . hehehe.But today just tinggal 2 subject je lagi . setakat ni Sejarah saja la yang amat mememningkan kepala saya ,. heishhh . what can i do for this subject , troublingggggg ...Exam punya pasal samapi tak tau nak tulis apa lagi dekat blog ni . hahha a. ok laa ,. papayy . wish me luck ok :D

Monday, 27 August 2012

Raya Paling Bersejerah :D

Hahaha , Kanpa ek bersejarah  Sebab kita dapat baju baru , kasut baru , tudung baru ,,, Apa awak pun dapat . Tapi kan kita dapat MAK BARU . Hahahha . awak ada ?? ada ke ?? HAhahaha ..

yeaa tu la maksud kita . Taun ni ayah kita bagi kita mak baru , hahahhaa . TAhniah ayah . :)
sedih? eyh tak laa . knapa kita perlu pertikaikan soal jodoh ayah kita . da tu rezeki dia . dah jodoh dia . IBu ? ibu kita izin kan , sbb bagi ibu tu da jodoh ayah , lagi pun ayah kita da berkemampuan , tak kan ibu tak bagi pula , Bola nusyuz kan . Memang la wanita mana yang sanggup bermadu , tapi biar la di madukan dari di tinggalkan kan :) Walau macam mana pum ayah kita ada cakap dekat bu kita , " walaupun abg kawin lagi , sayang tetap abg sayang :) " iyee betulo , kita saksi . Tak tipu laa :D

Takpe la , itu semua jodoh ayah ., tak kan kita nak menyangkal ketentuan Allah kan :) yang penting sayang ayah tak berubah :)

banyak jugak peristiwa yang kelakar , ada ke patut adik sedara tanya kenapa ayah kawin lagi , tak pasal2 menipu , hahaha , dia tanya ibu , ibu tak tau nak ckp apa , nak tau ibu cakap apa ? ibi cakap " yelaa  masa paklong kawin ngan maklong adik tak dtg kan . ni la paklong kawin lagi sbb nak jmpot adik dtg :D " hahaha , poyo la ,,

papepunnn ....
SELAMAT PENGANTIN BARU AYAH :D

Friday, 17 August 2012

KISAH SEDIH SEORANG PEROMPAK DAN SEORANG ANAK BUTA







Moore adalah seorang doktor terkenal dan dihormati, melalui tangannya sudah tak terhitung nyawa yang telah diselamatkan, dia tinggal di sebuah bandar tua di Perancis. 20 tahun yang lalu dia adalah seorang banduan, kekasihnya mengkhianati dia lari kepelukan lelaki lain, kerana emosinya dia melukai lelaki tersebut, maka dia dari seorang mahasiswa di universiti terkenal menjadi seorang banduan, dia dipenjara selama 3 tahun.
Setelah dia keluar dari penjara, kekasihnya telah berkahwin dengan orang lain, kerana statusnya sebagai bekas banduan menyebabkannya ketika melamar pekerjaan menjadi bahan ejekan dan penghinaan. Dalam keadaan sakit hati , Moore memutuskan akan menjadi perompak. Dia telah lalu menyasarkan sebuah rumah di bahagian selatan bandar untuk dirompak, para dewasa dirumah tersebut semuanya pergi bekerja sampai malam baru pulang ke rumah, di dalam rumah hanya ada seorang anak kecil buta yang tinggal sendirian.
Dia pergi ke rumah tersebut mencungkeil pintu utama membawa sebuah pisau belati, masuk ke dalam rumah, sebuah suara lembut bertanya, “Siapa itu?” Moore sembarangan menjawab, “Saya adalah rakan papamu, dia memberikan kunci rumah kepadaku.” Kanak-kanak kecil ini sangat gembira, tanpa curiga berkata, “Selamat datang, namaku Kay, tetapi papaku malam baru sampai ke rumah, bapa saudara apakah engkau mahu bermain sebentar dengan saya?”
Dia memandang dengan mata yang besar dan terang tetapi tidak melihat apa-apa, dengan wajah penuh harapan, di bawah tatapan memohon yang tulus, Moore lupa kepada tujuannya, langsung bersetuju. Yang membuat dia sangat hairan adalah anak yang berumur 8 tahun dan buta ini boleh bermain piano dengan lancar, lagu-lagu yang dimainkannya sangat indah dan gembira, walaupun bagi seorang kanak-kanak normal perlu melakukan usaha besar sampai ke peringkat seperti kanak-kanak buta ini, setelah selesai bermain piano anak ini melukis sebuah lukisan yang dapat dirasakan di dalam dunia kanak-kanak buta ini, seperti matahari, bunga, ayah-ibu, teman- teman, dunia anak buta ini rupanya tidak kosong, walaupun lukisannya kelihatannya tunggang langgang, yang bulat dan persegi tidak dapat dibezakan, tetapi dia melukis dengan sangat serius dan tulus.
“Pakcik, apakah matahari seperti ini?” Moore tiba-tiba merasa sangat terharu, lalu dia melukis di telapak tangan kanak-kanak ini beberapa bulatan, “Matahari bentuknya bulat dan terang, dan warnanya keemasan.” “Pakcik, apa warna keemasan itu?” dia mendongakkan wajahnya yang kecil bertanya, Moore terdiam sejenak, lalu membawanya ke tempat terik matahari, “Emas adalah sebuah warna yang sangat cantik, boleh membuat orang merasa hangat, sama seperti kita memakan roti yang boleh memberi kita kekuatan.” Anak buta ini dengan gembira dengan tangannya meraba ke empat penjuru, “Pakcik, saya sudah merasakan, sangat hangat , dia pasti akan sama dengan warna senyuman bapa saudara. ” Moore dengan penuh sabar menjelaskan kepadanya pelbagai warna dan bentuk barang, dia sengaja menggambarkan dengan hidup, sehingga anak yang penuh imaginatif ini mudah memahami.
Anak buta ini mendengar ceritanya dengan sangat serius, walaupun dia buta, tetapi rasa sentuh dan pendengaran kanak-kanak ini lebih tajam dan kuat daripada anak normal, tanpa terasa waktu berlalu dengan cepat. Akhirnya, Moore teringat tujuan kedatangannya, tetapi Moore tidak mungkin lagi merompak. Hanya kerana kecaman dan ejekan dari masyarakat dia akan melakukan kejahatan lagi, berdiri di hadapan Kay dia merasa sangat malu, lalu dia menulis sebuah nota untuk orang tua Kay, “Tuan dan puan yang terhormat, maafkan saya mencungkil pintu rumah kamu, kamu adalah orang tua yang hebat, dapat mendidik anak yang demikian baik, walaupun matanya buta, tetapi hatinya sangat terang, dia mengajarkan kepada saya banyak hal, dan membuka pintu hati saya. ” Tiga tahun kemudian, Moore menyelesaikan kuliahnya di universiti perubatan, dan memulakan kerjayanya sebagai seorang doktor.
Enam tahun kemudian, dia dan rakan-rakannya mengoperasi mata Kay, sehingga Kay boleh melihat keindahan dunia ini, kemudian Kay menjadi seorang pemain piano terkenal, yang mengadakan konsert ke seluruh dunia, setiap mengadakan konsert, Moore akan berusaha menghadirinya, duduk di sebuah sudut yang tidak ketara, mendengar muzik indah menyirami jiwanya yang dimainkan oleh seorang pemain piano yang dulunya buta. Ketika Moore mengalami kekecewaan terhadap dunia dan kehidupannya, semangat dan kehangatan Kay kecil yang buta ini yang memberikan kehangatan dan kepercayaan diri kepadanya, Kay kecil yang tinggal di dalam dunia yang gelap, sama sekali tidak pernah putus asa dan mensia-siakan hidupnya, dia membuat orang menyedari betapa besar vitalitas dalam hidup ini, vitalitas dan semangat ini menyentuh ke dasar hati Moore.
Cinta dan harapan akan dapat membuat seseorang kehilangan niat melakukan kejahatan, sedikit harapan mungkin boleh menyembuhkan seorang yang putus asa, atau bahkan boleh mengubah nasib kehidupan seseorang atau kehidupan ramai orang, seperti Moore yang telah membantu ramai orang, ketika mengalami putus asa maka bukalah pintu hatimu, maka cahaya harapan akan menyinari hatimu.

Wednesday, 15 August 2012

No comment


Banner
Tahniah! Anda terpilih menyertai Program Latihan Khidmat Negara Siri 10/2013.
NAMA:NURAMALINA AMIRA BINTI MOHD SALLEH @ TAPAK
NO. KP:950731015580
Penempatan pelatih akan dimaklumkan kemudian. Terima kasih.




HAKCIPTA TERPELIHARA © 2012 JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA




#no comment . Hahha .

Monday, 13 August 2012

sekadar untuk renungan :)


.
Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.
Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.
Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.
Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.
Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.
Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.
Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.
Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.
Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!
Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.
Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.
Melayukini.net - Islam tidak pernah memaksa seseorang itu untuk memeluk agama Islam, malah Islam juga bersedia untuk dikaji oleh orang kafir sendiri. Alhamdulillah, bagi kita yang dilahirkan sebagai orang Islam sepatutnya lebih bersykur kerana ia adalah antara nikmat terbesar yang Allah kurniakan kepada kita semua. Semoga kita sentiasa berada dalam keredhaan Allah SWT.

Tuesday, 24 July 2012

fikirkan :)



Aku minta maaf di atas segala perbuatanku
Ternyata, kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

* Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau kelar gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

C/O
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Kudihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Baling kurambit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam diangan
Sampai terkacip mulut mahirnya

C/O
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

* Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata, kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan



Cuba lah fahami lagu ni , banyak kata2 yang tersirat :)

Sunday, 22 July 2012

Fasting Month , Jyeahhh

Alhamdulillah . bulan puasa datang kembali . dengan nafas dan azam yang baru aku cuba untuk mulakan hidup aku . Berazam untuk berpuasa penuhh ,. HAHA <im girl , i can't :(. >


FIRSTDAYYYYY , 


Diumumkan bahasanya 1 ramadhan jatuh pada 21.julai 2012 . sepantas kilat aku kemas baju . wuhaha , sbb nak balik uma melaka . nak smbot puasa ngan nenek dan atok tersayangg , hikhik . Malam puasa da gerak pegi melaka . sahur pun dekat sana . seronok sngt . even tak ramai yang balik . ttp meriah . Takpe laa . hope next year boloe gathering ramai2 .
Punya la exicited nak bepuasa ngan atok and nenek . nyanyi la dlm kete , bole plak kete wat masalah . atotoiii , but tak serius sngt laa . just take half an hour je .then , alhmdulillah . perjalanan dpt dteruskan :) . Akhirnya smpai di rumah nenek pkol 11 lebih , soryy tak perasan al pkol bape . hikhik .


kemudian tiba la waktu untuk bersahurr , jyeahh , dgn smangatnye aku bgon . then , baring tunggu azan subuh , selepas itu bermula la harian aku yang pertama di bulan Ramdhan :)
Alhamdulillah, Aku masih diberi peluang untuk berjumpa dengan bulan yang penuh dengan keberkatan . aku turut bersyukur kerana tiada masalah yang datang menimpa aku semasa proses puasa aku seharian kecuali masalah gastik , btw tak la terok mana ,. and aku masih lagi berpeluang untuk menghabiskan puasa aku .  :)
bila petang menjelang ,aku ditugaskan untuk menemani atuk ke kedai runcit untuk membeli air batu . kemudian , ibu tepon soh beli cincau ngan kentang , atuk siap buat lawak lagi  , dah pusing jauh2 baru dia tnye nenek nak ap , aku pon jawab la . nenek nak cincau mentah tu ngan kentang , dengan muka selamba atuk jwb , kat kedai atdi pon ada , adehh , nasib la puasa , HAHA ,. Then dengan hati yang tak tahan nak ketawa , habis satu kereta ketaw akn atuk . lagi kelakar bila atuk tak knal kete . walhal kete ad depan atok je . then , kami pon pulang menunggu laungan azan maghrib , dan berbuka beramai2 , hikhik . Nenek masak daging masak kurmak . ayam gorang ngan sayur , SEDAPPP (Y) . hikhik . bagi yang tak balik tu . jgn jeles yee . XD




SECONDdayyy ,


still di melaka . sahur je , tapi berbuka dkt uma nenek sebelah ayah , hikhik ,. cerita tok second day biase2 je , kiteorg buka at luar , tak mkn at uma . tapi yang seronoknye ,.semua adik beadik ayah balik . hikhik . temasuklah abg farid yang gionjeng ue . hikhik .
berbuka bersama anak2 ikan bilis yang comel yang pasti memeriahkan suasana kami sekeluarga . Alhmdulillah ,.a ku seronok sngt . :)

Tuesday, 17 July 2012

MISS YOUU . :(

Dear my Ex .
Fyi im really miss u .  i don't know how to say it to u . but im really HATE u even deep down in my heart im really need u right know . Honey , i know we still like a friend right even there nothing between us . so now i hope u happy with ur chooice . :)

so now , my life just begging . HAHA .
i hope i can find my MR.Right . InsyaAllh . aminnnn~

Monday, 16 July 2012

Panas BAran :(

     Hurmmm . setiap manusia mesti ada sifat marah . tapi yang membezakan mereka adalah tahap kesabaran mereka . Sama ada penyabar mahu pun panas baran .hah ? aku plak mcm mana ? hehehe

               ntah laa. Tapi aku agak panas baran sikit laa . ha ? oke laa. Panas baran banyak :( 
haduyy . tak tau nak kawal mcm mana . org selalu ckp , kalau rasa nak marah , g amik wuduk . solat . tapi still tak jln gak . coz aku tak tenteram selagi aku tak dpt luar kan . tak kesah la mcm mana pon aku keluar kan kemarahan aku . yang penting aku luar kan . Hurmmm . aku akan cuba sedaya upaya tok tahan marah aku :( 

   Im sory to all of u . yang selalu kene marah ngan aku . jadi bahan pelepas marah aku .yang jadi punching bag aku lagi . sory sngt2 . 
   

       

Friday, 13 July 2012

Sekolaaahhhhhh~

  Bila di pikirkan tentang beban kerja rumah, kerja kursus, masalah dekat sekolah . HAishh ikut hati nak je berhenti sekolah . Tapi bila di pikirkan dari sudt lain pula , Kalau aku berhenti aku nka jadi apa kalau da besar nanti, Tak kan nak jadi suri rumah sepenuh masa. Kalau rezeki aku baik dapat suami yang mmg bekerjaya tinggi , tapi kalau dapat yang kurang berkemampuan, tak kan aku tak nak tolong dia . Itu pun kalau aku kawin , kalau aku tak ada rezeki nak kawin, siapa nak tanggung aku , tak kan parents kan ?


  Bila di pikrkan lagi , zaman persekolahan la zaman hidup kita yang paling bestt, macam-macam perangai. Mesti aku rindu kan zaman sekolah ni nanati. To all my friend, what ever la korang kenal aku dng nama apa , miya ke , amal ke mira ke, yang penting aku just nak bgtau yang aku sayang sangt korang , hope our relay never end untill my last breath , kalau aku pergi dulu aku harap korang maafkan semua kesalahan aku . Halal kan apa yang aku amik dari korang . and i'll do it too .


  SPM da dekat ,. bnyk kat ada kat kepala aku , mana aku nak pegi lepas SPM ? apa result aku . haduyyy . Sekarang aku amik ICT, Sp , Tassawur ngan ADDmath , ape nak buat ngan corse ni eak . atotoii . serabot kepala akuu . Somebody help me,,leave ur suggestion at my shout box yaa :D


   
  Aku minat photograpy peluang kerja susah,  cikgu soh smbong Sp , sbb peluang kerja bnyk . cikgu ict cabar batch aku amik forensik for ict or Programmer . wahhhh . serabot kepala . jawapan ayah je senang , pilih la mana-2 yang bole, susah sngt kawin je. HAHA . kelakar la ayah 


  Tapi apa yang penting dalam kepala aku . Aku nak buat yang terbaik tok parents aku . "Semoga NURAMALINA AMIRA BINTI MOHD SALLEH , dapat mencapai kerjayaan yang cemerlang untuk membanggakan parents . aminnn~ "
#tahnks yaa korang :)


  

Thursday, 14 June 2012

SAYANG vs MELAYANG

   Kita dilahirkan di dunia ini dengan takdir kita sendiri, masing-masing ada ketentuan sendiri. Kita sebagai "khalifah" di muka bumi ini kene redha dengan ketentuan dan sentiasa bersyukur. Tapi kita tak boleh lari dari melakukan kesalahan. Kita sentiasa ada peluang untuk memperbaiki diri, cuma peluang itu datang cepat atau lambat atau pun sudah terlambat.
   
   Lagi pun "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya" tapi itulah yang terjadi pada seorang wanita yang bergelar ibu. Ketika dia mengandung, dia sendiri tidak pernah nak jaga makan dan minumnya. Mengandung pun sebab mak bapak dah bising, " Bila kau nak menimang cahaya mata, tak sabar aku nak menimang cucu"...


   Bila tiba sakit bersalinnya datang,lagilah dia menyumpah-nyumpah menyesal mengandung. Katanya baby dalam perut punya pasal, sampai sakit sangat. Eh! memang tak terfikir seorang bakal mak akan marah-marah dalam keadaan begitu.


   Uweeekkkkk!! Anaknya selamat dilahirkan. Ingatkan bila melihat anak itu begitu comel sejuk hati ibu mengandung, dia langsung tak pandang anaknya. Malah tak sabar nak hantar ke rumah maknya.


   "MAk ambillah, jaga cucu mak ni. Habis lari figure badan aku ni. Lagipun asyik menangis je, ntah apa endaknya?" marah ibu muda itu.


   "Yela,bagi aku bela. Kau ni...ni bukan anak orang lain, anak kau juga" Kata nenek cucu itu.


   Ditinggalkan babay itu pada emaknya. Agar senang dia nak bekerja, agar senang di anak kemana-mana, agar mudah menjalankan aktiviti hariannya. Suaminya dah berbuih-buih suruh bela sendiri tapi baginya anaknya itu amat menyusahkan.


   Dah tentu nenek suka dapat bela cucu, memang cucu dinanti-nantikan buat teman hidup. Sesekali sahaja dia menjenguk anaknya itu pun atas desakan suami yang rindu nak bermain dengan anaknya. 


   Satu malam dia sakit perut sangat. Pusing kanan sakit, Pusing kiri pun tak boleh tidur. Akhirnya dia mengadu pada suaminya. Jadi mereka berdua ke Hospital malam itu. Bila scan perut dokter kata ada sesuatu dekat perut dan kene tahan wad untuk rawatan seterusnya.


   Dokter sahkan ada kanser dekat rahim. Mahu tak meraungnya dia, kene buat pembedahan dengan segera. Dia memengang perutnya kerana selepas ini dia tidak boleh mengandung lagi. Tiba-tiba dia rasa rindu dan baru rasa menghargai akan kehadiran babynya.


   "MAk, Orang baru nak talefon..mak dah tepon. Orang baru nak bagitau ni, orang nak kene bedah ni. Mak, nanti mak bawa baby ea, orang nak cium-cium baby tu mak.Orang rindu sangat dengan baby tu. Mak, lepas ni orang nak bela sendirilah baby tu mak.Mak...mak, kenapa mak nangis? alaa mak ni, bukan tak tengok baby lagi. Nanti orang cuti orang bawak lah baby ke rumah mak. Mak.." dia terberhenti cakap bila dengar sedu maknya semakin kuat.


   " Mak, tak payah la nangis orang kene bedah je..INsyaAllah lepas ni orang ok. Orang tak sabar nak peluk baby mak. Orang tahu orang silap sebab selama ni marah-marah dekat baby. Rupanya orang sayang dengan baby tu. Mak datang ea bawak baby." sambung dia lagi.

   Dalam tersedu sedan maknya menjawab kata-kata anaknya "kalau boleh tangguhkan dulu pembedahan tu, balik la sini baby kau dah tak ada. Kami semua kemalangan, Mak dekat hospital ni." Mak dia tak tertahan menahan tangisan. " Mak!!! orang nak baby."


   Tersandar ibu muda itu, Tak sempat memeluk baby yang dikurniakan kepadanya selama ini."orang nak baby!!!" Dia meraung kesedihan..


*sayangilah cahaya mata anda sebelum apa-apa terjadi
#CREADIT TO ALYA IN RED.
   

Thursday, 24 May 2012

Ayah OH Ayah

ME :Ayah ni . keje je , cuba la berehat. nanti kalau sakit . macam mana ?
Ayah : Never mine along . lagi 5 tahun ayah da tak keje da , Ayah peluk tubuh tengok orang keje je .

Tersentak aku mendengar perkataan "Lagi lima tahun ayah da tak keje. peluk tubuh je tengok orang keje "
Apa maksud ayah yang sebenarnya , YA ALLAH , lindungi lah ayah aku dari malapetaka YA ALLAh . Biarlah aku pergi dulu sebelum ayah aku YA ALLAh , kerna ta mungkin aku dapat hidup tanpa Ayah YA ALLAH . 

Walau pun masa kecik-kecik aku lah intan payung ayah , permata ayah , Namun setelah meningkat remaja , Tiada lagi kemanjaan aku dan ayah . Adakah mungkin kerana aku sudah meningkat remaja. Ataupun atas kehadiran mereka yang lain . Walau macam mana pun , aku masih tahu yang ayah maasih lagi Sayang aku . Walaupun dia tak tunjung . namun aku masih mengetahuinya. 

Kadang kala , aku agak kurang sopan dengan ayah , namun ayah sering diam kan diri . Kadang kala aku sendiri tak perasan dengan tingkah laku aku yang kurang sopan itu , "AYAH . MAAFKAN KAKAK YE AYAH . KAKAK BNYAK BUAT DOSA DENGAN AYAH "

Ayah suka sangat suruh anak-anak dia tolong cabut kan uban dia tak pun tolong picit dia , tapi aku selalu merunggut . Atas alasan hendak turut berehat juga .Tanpa aku sedari yang aku dah melukakan hati ayah .
Padahal ayah tak pernah tak beri apa yang aku nak . sama ada cepat atau lambat . ayah tetap bagi .

Semasa aku memberitahu ayah yang aku nak masok asrama . Ayah menangis sebab dia tak nak aku masuk asrama . Dia risau kalau aku sakit . Sebab dia jauh . Namun aku bentak , Aku tetap nak juga , Mahu tak mahu ayah turut kan juga , Hampir 3ribu lebih ayah habis kan duit untuk pembelanjaan aku .tapi apa yang aku beri , baru sebulan masok aku nak keluar . Ayah tetap turutkan apa yang aku nak . Walaupun penat lelah dia , duit dia semuanya tak ada hasilnya lagi "AYAH . AKAK TAHU SEMUANYA SALAH AKAK , MAAFKAN AKAK YE AYAH "

Masa aku di beritahu bahawa ayah nak kawin lagi . Aku juga la orang pertama yang membantah . Atas alasan aku tak suka perempuan yang ayah suka tu . tapi tanpa apa-apa sebab , macam-macam aku lakukan untuk rosakkan hubungan ayah , namun ayah tetap sabar , Sikit pon ayah tak marah aku ."AYAH . KAKAK DAH TERIMA SEMUANYA . SEMOGA KITA SEKELUARGA BAHAGIA SELAMANYA . KAKAK NAK ADIK LELAKI TAU "

Masa kaki aku retak . ayah la orang pertama risau sangat bila tahu benda tu .Sampai tak tidur malam . Jaga aku supaya senang kalau nak apa-apa . Tapi aku , selalu merusuh jika ayah mintak amik kan apa-apa . "AYAH , LEPAS NI AYAH TIDUR ELOK-ELOK TAU . KAKI AKAK DA OK . THANKS AYAH "

Masa ayah tau yang aku ada boy . macam-macam ayah warning , aku anggap semua tu memekakkan telinga je . Tapi sebenarnya , ayah tak nak aku rosak macam anak gadis yang lain . "AYAH . KAKAK DA CAKAP KALAU NAK DATING NANTI AKAK BAWAK AYAH .hehe "

Bila mata aku mula kabur . ayah segera buat kan aku cermin mata , Tapi . aku tak pernah jaga cermin mata aku . selau sangat patah . ngan rosak . Tapi ayah diam , tetap buatkan aku cernim mata yang baru "AYAH . KAKAK DAH BAWAK BOX SPECK NI PEGI MANA-MANA JE MACAM YANG AYAH SURUH .THANKS AYAH "

Bila dapat tahu yang aku ada masalh di kepala akibat excident yang lepas. macam-macam ayah buat untuk pulihkan , tapi bila hanya jumpa jalan buntu , Ayah sekali lagi mengalirkan air mata "AYAH . JANGAN RISAU YE , KAKAK OK JE. SAKIT SIKIT JE "

Bila aku dapat TOP10 5 taun berturut dekat dalam kelas, ayah diam je . ta ucap apa-apa pun dekat aku . masa tu aku rasa macam tak ada guna pun aku dapat kan semua ni . Tapi sebenarnya , ayah bangga sangat . cuma ayah tak tunjuk . ayah cume belikan aku febret food aku je tanpa aku mintak , hehe "AYAH , KAKAK TAK MINTAK PUN PUJIAN AYAH LAGI . AKAK CUMANAK BUAT AYAH BANGGA JE "

Bila aku merunggut . siaran tb tak best , cuma dapat tv3 dengan tv2 jea, automatik ayah masokkn astro . siap belikan tv baru lagi . Ayah suka tengok NGW , itu pun selalu buat aku gaduh dengan ayah , sebab aku geli tengok binatang-binatang tu . Ayah selalu mengalah  "AYAH , AYAH TENGOK LA APA-APA CITE YANG AYAH SUKA. TAKPE KITA TENGOK SAMA-SAMA "

Bila aku perlu mengunakan komputer masa kat rumah takde komputer, ayah selalu teman aku dekat CC , berjam-jam tanpa kata apa-apa . akhirnya ayah belikan juga konputer untuk aku walaupun tak semahal mana , tapi ayah tetap adakan untuk aku juga ,tapi aku . asik bantai main game. Bila ayah marah aku tarik muka masam "AYAH , AKAK MINTAK MAAF AYAH "

Mulai sekarang , Kakak janji ayah . akak akan cuba jadi anak yang baik ayah ., Kakak taknak melawan cakap ayah lagi . Ayah kene janji juga. jaga kesihatan ayah juga . InsyaAllah ,akak akan buat ayah bangga satu hari nanti . Tapi sebelum tu akak mintak maaf sangat dengan apa yang akak buat selama ni sama ada sengaja mahu pun tidak , biar lah raya lama lagi . takut kakak tak sempat jumpa raya plak nanti :)


#KHAS BUAT AYAH TERSAYANG , MOHD SALLEH B BACHOK . :)


Wednesday, 23 May 2012

Rindu Abah ;(

 "kakak . boleh pakai seluar panjang tak ? asik pakai seluar pendek, dah macam lelaki dah abah tengok"

ini la ayat yang paling aku tak suka dulu . ABAH . gelaran untuk atuk aku . Dia seorang yang bengis dan garang , tapi jauh dalam diri dia ,dia seorang yang penyayang . aku selalu gaduh dengan atuk aku . Sebab aku tak berapa minat dengan atuk aku . Mungkin pikiran budak-budak. Bagi aku dulu , abah cuma sayangkan Abg Farid. Tak pernah nak sayang aku . Tak pernah ambil tahu pasal aku . Cuma salah aku je yang dia nampak .
Dia garang . Tak pernah nak bergurau dengan aku . Tak pernah nak tanya tentang perkembangan aku . tak pernah nak tanya sihat ke tak . 

Walau aku selalu gaduh dengan abah . tapi aku selalu pegi sekolah dengan abah . sebab boleh smpai sekolah cepat . Lagi satu peragai aku , aku tak suka sarapan pagi . Selalu kene marah dengan abah . Dah jadi rutin abah, pagi-pagi bawak aku pegi sarapan roti canai dulu sebelum pegi sekolah . Dulu aku sekolah SRAB , masok agak lmbat . 7.45 am baru masok sekolah . so . selalu la sempat nak pegi sarapan dulu . Ingat lagi , abah tak suka makan roti canai dengan kuah dal tak pun kari ,Abah suka makan dengan gula . kelakar sangat .

aku pun selalu gaduh dengan abah pasal air Pepsi dia . Sebab dia suka panas kan air Pepsi dia. tak tahu kenapa and apa sebabnya . aku selalu marah sebab aku rase apa yang dia buat tu bahaya , 

Naik sekolah menengah , aku mula aktif dalam sukan , sebab dulu cikgu tak bagi sebab takut , aku ada Athma.
Sejak dari tu la baru aku tau yang abah selama ni amik tahu pasal aku . bila aku dapat wakil Pontian dalam acara Hoki . masa tu main dekat Johor . Abah risau sangat bila dapat tahu yang aku main hoki ,, Sebab abah taku aku cedera , Tapi abah diam je , abah tak cakap pun . Malam sebelum Pegi tu , Abah bagi duit dekat mak suruh belikan snek aku , abah tahu yang aku susah nak tidor kat tempat lain selain bilik tidur aku sendiri. so , dia belikan aku snek supaya aku tak payah sibuk2 cari makanan waktu malam nanti . Abah pun ada bagi duit tok aku , tapi abah tak cakap . abah cume letak je dekat beg aku . 

waktu game tu . Ibu selalu call . tanya aku ok ke ta . Aku dengar suara abah yang tanya macam mana keadaan aku ,. Masa tu aku rase macam nak nangis je . Habis semua sekali kene gesa ngan abah suruh tengok Game aku , :)

abah seorang lelaki yang kuat . badan dia masih lagi sasa walau pun sudah berumur . masih lagi mampu pergi ke kebun untuk meracun , membaja , walaupun cuma pergi seorang diri . 

Tapi semua tu hilang sekelip mata . bila abah tiba-tiba jatuh sakit .  3 kali abah masuk hospital .  Tapi masa kali yang ketiga tu abah ada cakap
                 
                          "Lepas ni tak payah risau . abah dah tak kan masuk hospital lagi"

Tanpa aku sedari, memang yaa . itu la kali terakhir abah masok hospital . kerana Di hospital tu lah abah menghembuskan nafasnya yang  terakhir, Tanpa siapa pun yang sedar , Abah pergi dengan tenang . 
aku teras semuanya khayalan bila jenazah abah di bawak balik kerumah , rasa tak sanggop sngt tengok .bagai nak luruh jantung aku tengok yang atuk aku berada dalam keadaan kaku tak bernafas lagi.
bacaan Yasin aku pun tersekat-sekat akibat menahan nangis.

Wlaupun semua ni dah berlalu 4 tahun yang lepas, tapi semuanya masih segar di ingatan aku . 
Abah pernah pesan dekat aku , yang dia bangga dengan aku . 

Abah , tahun ni kakak na SPM , abah kakak nak buat abah bangga , wlaupun abah dah tak ada,
ABAH , akak rindu sangat dekat abah ,Nanti senang-senang , kakak pegi tengok abah tau , abah tungg kakak ea ,

#Al-Fatihah untuk arwayarham BACHOK @ KAMBANG B HJ IBRAHIM .

Thursday, 26 April 2012

sebab Dendam mcm2 bole jadi .

sekadar ikhbar yang terjadi pada aku .
aku ada seorang member , 
disebbkan berdendam ngan ex dea, mcm2 dea cuba buat ,untuk buat EX dea jeles .
termasuklah na contrak ngan aku tok jadi awek dea  . 
huish , kau pikir aku hadap sngt ngan duit kau . 
tolong la kawan , jgn mcm ni . 
sebab kau da ad org salah paham .

tak pasal2 dia da salh paham . kan bnyk lagi penyelesaian , tak pun , kau cari jea la org lain , bunga bukan sekuntum la kawan . bnyk lagi , lagi pon kau masih mudaa, 
aku tau kau kaya , tapi tak perlu la buat mcm ni , 
aku pun ada hati ngan perasaan doe . kau na contract kan aku , nmpk sangat kau kwn ngan aku tak ikhlas ,
tolong la ,. aku rase kalau kau cakap ngan perempuan normal pon mesti dia tak nak jugaa. 


to MUHAMMAD IZZUDIN .
saya mintak maaf , awk da salh sangka ,
yang saya mention tu bukan awk laa . awk maaf kan saya yee .
:( 

Wednesday, 11 April 2012

welcome to Henry Gurney

Entri ari just na cite pasal lawatan aku ari ni . 
ari ni g melawat Henry Gurney ngan melaka , pasal melaka tu tayah la cter , nothing special pon , tp yang penting sekarang time at Sekolah Henry Gurney ,






firstly yang aku na bgtau adalah Sekolah Henry Gurney adalah tempat kira macam banduan laa . tapi untuk pesalah yang berumur 14 hingga 21 tahun sahaja.untuk lelaki Dan PEREMPUAN , bukan lelaki jea tau !
dan sekolah ni bukan la macam yang korang selalu pikir , 
maksud aku , kebanyakan orang at luar ni pikir sekolah ni hanya akan mendera pelajar-2 yang ada dekat dalam ni kan .
sebenarnye semua tu "AUTA"
untuk pengatahuan korang , 
sekolah ni membentuk sahsiah pelajar-2 yang ada at situ supaya perbaiki kesalahan dorang ,
memang la kekerasan ada di gunakan .
yelaa . tak kan la dorang na melayan budaa-2 dalam tu macam anak raja pulak kan , dorang tu semua pesalah .
tapi tak bermakna dorang tu didera teruk ,

firstday mereka di masuk kan kedalam ni , mereka akan di masukkan kedalam bilik penerimaan , selama 2 bulan.
di situ la mereka akan di kaunseling , di beri pendedahan agama , semua la , terus terang dari senior yang ada at stu td siang , "memang la masa mula-2 masuk tu tros kene sental longkang sebagai hukuman dekat stu"
bak kata Insp Idham"blok paling bersih , blok bilik penerimaan"

selepas tu dorang diberi pihan sama ada na amek akademik, vokasional atau pun CIDB ,
*alamak aku lupa la plak btol kea ta CIDB tu,

yang penting dorang ni tetap akan dapat pendidikan sewajarnya walaupun tak sesempurna kita semua yang dekat luar ni ,
semua akademik yang diberikan adalah aliran sastera sebab mereka tak ada lab yang lengkap tok buat aliran sains bak kata Abg Husin  <Pelajar cemerlang Henry Gurney *8A+, 1A & 1D>
"abg-2 korang dekat sni kan saintis , ta bole bg bende2 mcm tu , abes t dorang buat bom ^.^ "
dan untuk pengetahuan korang juga , mereka ta lah dibiarkan dikurung dalam tu jea . bagi yang berbakat dorang akan di bawa keluar untuk bertanding ,contonhya olahraga , badminton ngan ape ntah lagi da telupa plak .
salah sorang pelajar Henry Gurney jadi Peninju Melaka . so korang da bole nmpak kan , dorang yang at dalam ni bukan hanya didera , tapi dididik secara special ,

mereka yang ingkar dan banyak buat hal jea yang akan di denda , 

okelaa , sekarang aku na cter apa yang aku tgok ad dalam sana ,
first yang aku nampak time sampai , Tembok Besar yang tinggi dan pagar berduri , perghh , menakutkan , 
then masok , barang2 semua kene simpan , sbb tak di benarkan untuk mengambil gambar atau pun bawa apa2 barang at dalam tu ,
pastu Insp Idham Bagi ceramah , awal2 ue aku rase mcm ta berminat ,tapi lama2 mcm seronok plak . hehe 
pastu kita owg pegi tengok Bilik Penerimaan , kesian sngt aku tengok . 
kelengkapan mmg la lengkap ...tapi sedeyh sngt , korng penah tgok tak tuala gudmorning yang selalu buat rewang tu , tu la tuala mandi dorang , tapi satu yang aku suka , berus gigi dorang , unik seyh , huhu .
rugi gler ta dpt na amik gmbr ,
yang aku kesian pelajar at dalam tu aadalah pesalas atas kesalahan Merogol,
haha , mesti terkejut kan , mane la aku ta kesian , padahal buat suka sama suka , tapi bila kantoi , parents yang perempuan charge yang lelaki raped anak dara dorang , so yang lelaki di hantar ke sana then yang perempuan still bersenang lenang ,
tapi tu semua akan jadi ikhtibar kann , hurmm ,
pape pon , aku tetap bersyukur ta terjebak ngan masalah yang sampai bole menyebabkan aku masok sane ,
SEMUGA PENGALAMA KAMI AT STU AKAN BERGUNAA...


#creadit to Jabatn Penjara MAlaysia








Friday, 6 April 2012

saat untuk lepaskan semuaa .

kuing-2 , akhirnyaa , dapat ngak onlinee .
hee~ amek kau degil sangat sampai BB pon kene amek ,
hee~ ni pon curi BB jap , t letak la balekk .
YEAA , this time to story everythingg ,

firstt!!!
ting-2 .
to competition pantun .
heheh . ari ue lawa at SMK Dato'Pengawa ,
lalala .
first round  kalah ngan Ayer Baloi .
tp still dpt gi suku akhir ,
tp at suku akhir kalah ngan Tuan Rumahh .
hahaha
sedeyh gler ,kalah sikit jea. 
giler ta cuak da la berpantun at dpn murid-2 stu .
siap meebe-2 aku at stu ad skali plak ue .
rase mcm na tecabot jantung aku , da gegel tahap gaban da XD
tapi pae pon, aku puas ati , coz first time kud aku join bende indoor ni . hahaha ,siap kene gelak lg nagn downg , tekejut punye pasal . hahaha .

okeygggg , secondd .
tournament handball .
yeaaa  , seronok sngt , coz . budaa-2 perempuan dapat amen sampai suku akhir .dapat kalah kan budaa-2 lelaki yang bnyk bunyik ue ,, XD
seronok sngt , walaupun pade mulanye di bantai terok sama KAYRO , 6-0 , hahaha , pape pu, kami tetap ta puas ati kerana pengadil ue ta prihatin ,. tapi na buat macam mane kan ,. da le[as daa . redha jea laa . try next year , hahaha .
for my junior , kakak sedia membantu next year , klu idop lagi la ea , hahaha , <PEACE>

yeaa , pas alek tournament , merana aku . kepale aku weng , makin biol . sebab terhentak at simen ue , ntah ap jadi at pale aku pon tatau , tp aku mcm da jdowg tua , pelupa plak . hehhe . kaki pon alhamdulillah , main trok nmpknyee , MC,,MC.. hahah , 2 hariii , haduyyy , merana aku .,da saket2 , da wat salah , berani ag mintk shusi . amek kau , smpai 30 ringgit ayah beli kan . da la salah . bnyk bunyi plak . 1 hari mkn shushi jea . loyal da tekak aku , kalau macam ni , setahun ta yah makan shushi pon tapee . TOBATTT , hahaha .
okeyh la , got to go , t ayah sadar plakkk , papay , love u alll ^.^ 

Thursday, 29 March 2012

teet , lutut lari ??

yea , tournament bola baling da dekat ,
ta sabar rasenyee na maen  for my last sport , hahaha ,
tapiiii......

lutut saya lari . ta center . haha .
acamne bole jd mcm ue ?
ntah laa . ni yang na story ni .

latihan dimulakan kembali after rest, 
 then team perempuan cikgu soh maen .
so , macam bias la kan . 
bagi dua kumpulan 
team ag satu yang bawak bola dulu .
so aku ready la na tackle bola dowang ,
da jd kebiasaan aku kud time ready ue ,
penggang lutut dulu .
before wisel ditiup .
tetiba aku rase lutut aku ta center sebelah .
rase macam yang lutut kiri ni sngget ,
aku macam ta cye . aku cakap at kawan aku .
dia pun macam ta pecaya .
then aku rase la lagi lutut aku ,
tapi aku still ta pecaya .
then aku soh cikgu yang rase ,
berdekah semua tengok lutut aku ta center ,
kelakar pon ada rasenye .
mula2 ue emg la ta skit .
tapi bila da balek kelas ,
bru rase sakit .
tapi aku wat tatau jea .
time balek dari bilik muzik ue , sakit sangt ,
aku bgtau ifa ngan dayah ,
"thanks la sayangg coz tolong aku ea "
tapi ta pasal2 kene marah coz ta bg dorang bagitau cikgu . haha .
coz aku malas na g klinik .
kuing-2 .

akhitnyyaaa ,loncengpun berbunyi .
menandakan waktu untuk balikk .
tettt , aku pon balik laa ,
da la kaki da sakit , bas pula lambat ,
hahaha .
menyirap tahap gaban da aku ,
arghhh tu ta kesah laa .
samapai jea at depan taman , aku da pikir da macam mane na masuk dlam , kaki da makin sakit .
tapi aku wat tatau jea laa , yang penting jalan , biar cepat smpai uma. 
tapii . ta sngke upenyee ada owg bole tman aku jalan kai masuk ke dalam ,
hahaha . :THANKSS YAAA , 
thanks a lot coz teman jalan kaki . hehehe .
tapi ta pasal2 kene bebel soh g klinik , abes kene marah ta bagi maen dulu . hahhaa , kelakar , tp sweet , kuing-2 .

smpai jea at uma, buat muke kesian at ayah ngan ibu , ingt an dapat simpati , tapi kene marah plak .
hehehe . amekk . pnas telingga ,
malam pas ayah amek adik . tros g hospital bp .

da la penat , dokter bole mane2 plak .
first g x-ray , nothing happen pon ngan tulang ,. just otot ngan urat jea la sikit yang ta betol ,
time dokter tu urut rase macam na terajang jea dokter ue .
bole plak an dia buat maen2 lutut aku , 
da la mntk MC ta dpt , saje jea en dokter ue ,
mule2 dia tnye form bape , aku ckp la form 5 , then dea tnye ag kelas at tingkat bape , aku ckp la at tingkat bawah jea . skali dia bole ckp , "Da ta payah na mc , kau an na SPM . g skola jea . bole jalan lg kan , ta ilng pon kan kaki kau , " perghh , time ue rase mcm na sumpat2 jea tongkat ue at mulut dokter ue , hahah 
tapi papew pon , thanks "dokter Adam " coz merawat kaki saya yee ,Dokter cumel esok2 saya datang lagi yee buat checkup, hahah .# kegatalan terserlahhh , kuing-2 .