Holla . Assalamualaikum . Welcome to my blog . so da datang ni apa lagi ? follow la .taktau kat mana ? nampak tak mushroom yang comel tu ? klick situ yaa :D da follow ? ok tinggalkan jejak anda di shoutbox yaa . thanks :D

Wednesday, 23 May 2012

Rindu Abah ;(

 "kakak . boleh pakai seluar panjang tak ? asik pakai seluar pendek, dah macam lelaki dah abah tengok"

ini la ayat yang paling aku tak suka dulu . ABAH . gelaran untuk atuk aku . Dia seorang yang bengis dan garang , tapi jauh dalam diri dia ,dia seorang yang penyayang . aku selalu gaduh dengan atuk aku . Sebab aku tak berapa minat dengan atuk aku . Mungkin pikiran budak-budak. Bagi aku dulu , abah cuma sayangkan Abg Farid. Tak pernah nak sayang aku . Tak pernah ambil tahu pasal aku . Cuma salah aku je yang dia nampak .
Dia garang . Tak pernah nak bergurau dengan aku . Tak pernah nak tanya tentang perkembangan aku . tak pernah nak tanya sihat ke tak . 

Walau aku selalu gaduh dengan abah . tapi aku selalu pegi sekolah dengan abah . sebab boleh smpai sekolah cepat . Lagi satu peragai aku , aku tak suka sarapan pagi . Selalu kene marah dengan abah . Dah jadi rutin abah, pagi-pagi bawak aku pegi sarapan roti canai dulu sebelum pegi sekolah . Dulu aku sekolah SRAB , masok agak lmbat . 7.45 am baru masok sekolah . so . selalu la sempat nak pegi sarapan dulu . Ingat lagi , abah tak suka makan roti canai dengan kuah dal tak pun kari ,Abah suka makan dengan gula . kelakar sangat .

aku pun selalu gaduh dengan abah pasal air Pepsi dia . Sebab dia suka panas kan air Pepsi dia. tak tahu kenapa and apa sebabnya . aku selalu marah sebab aku rase apa yang dia buat tu bahaya , 

Naik sekolah menengah , aku mula aktif dalam sukan , sebab dulu cikgu tak bagi sebab takut , aku ada Athma.
Sejak dari tu la baru aku tau yang abah selama ni amik tahu pasal aku . bila aku dapat wakil Pontian dalam acara Hoki . masa tu main dekat Johor . Abah risau sangat bila dapat tahu yang aku main hoki ,, Sebab abah taku aku cedera , Tapi abah diam je , abah tak cakap pun . Malam sebelum Pegi tu , Abah bagi duit dekat mak suruh belikan snek aku , abah tahu yang aku susah nak tidor kat tempat lain selain bilik tidur aku sendiri. so , dia belikan aku snek supaya aku tak payah sibuk2 cari makanan waktu malam nanti . Abah pun ada bagi duit tok aku , tapi abah tak cakap . abah cume letak je dekat beg aku . 

waktu game tu . Ibu selalu call . tanya aku ok ke ta . Aku dengar suara abah yang tanya macam mana keadaan aku ,. Masa tu aku rase macam nak nangis je . Habis semua sekali kene gesa ngan abah suruh tengok Game aku , :)

abah seorang lelaki yang kuat . badan dia masih lagi sasa walau pun sudah berumur . masih lagi mampu pergi ke kebun untuk meracun , membaja , walaupun cuma pergi seorang diri . 

Tapi semua tu hilang sekelip mata . bila abah tiba-tiba jatuh sakit .  3 kali abah masuk hospital .  Tapi masa kali yang ketiga tu abah ada cakap
                 
                          "Lepas ni tak payah risau . abah dah tak kan masuk hospital lagi"

Tanpa aku sedari, memang yaa . itu la kali terakhir abah masok hospital . kerana Di hospital tu lah abah menghembuskan nafasnya yang  terakhir, Tanpa siapa pun yang sedar , Abah pergi dengan tenang . 
aku teras semuanya khayalan bila jenazah abah di bawak balik kerumah , rasa tak sanggop sngt tengok .bagai nak luruh jantung aku tengok yang atuk aku berada dalam keadaan kaku tak bernafas lagi.
bacaan Yasin aku pun tersekat-sekat akibat menahan nangis.

Wlaupun semua ni dah berlalu 4 tahun yang lepas, tapi semuanya masih segar di ingatan aku . 
Abah pernah pesan dekat aku , yang dia bangga dengan aku . 

Abah , tahun ni kakak na SPM , abah kakak nak buat abah bangga , wlaupun abah dah tak ada,
ABAH , akak rindu sangat dekat abah ,Nanti senang-senang , kakak pegi tengok abah tau , abah tungg kakak ea ,

#Al-Fatihah untuk arwayarham BACHOK @ KAMBANG B HJ IBRAHIM .

No comments:

Post a Comment