Holla . Assalamualaikum . Welcome to my blog . so da datang ni apa lagi ? follow la .taktau kat mana ? nampak tak mushroom yang comel tu ? klick situ yaa :D da follow ? ok tinggalkan jejak anda di shoutbox yaa . thanks :D

info comot

10 sebab perempuan membenci lelaki



10 sebab perempuan membenci lelaki

1. MENINGGIKAN SUARA

2. MAIN KAYU TIGA

3. SUKA 'CUCI MATA
'
4. MENGONGKONG

5. EGO

6. MENIPU

7. PERASAN

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

9. SELALU MENUNJUK NUNJUK DI DEPAN KAUM WANITA 

10. CEMBURU BUTA

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________






5 Sebab Bagus Untuk Menangis

by PEN MERAH 

Bila kali terakhir korang menangis? Menangis nih selalu dikaitkan dengan perempuan dan tipula kalau aku cakap aku tak pernah menangis.  Menangis nih sebenarnya satu terapi dan bagi banyak kebaikan kat badan kita.
menangis2 5 Sebab Bagus Untuk Menangis
Meningkatkan Kadar Denyutan Jantung
Masa menangis, denyutan jantung sebenarnya meningkat dan ia dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua0dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang sangat tenang.
 Membebaskan racun dari badan
Arthur Frank seorang ilmuan Amerika berkata, “Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bererti tumbuhnya racun secara perlahan-lahan. Secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk berbanding kaum lelaki, maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki kerana perempuan membebaskan banyak racun dalam tubuh mereka melalui tangisan.”
302120 177378582341687 165780293501516 373738 2067654793 n 5 Sebab Bagus Untuk Menangis
Saintis-saintis dan pakar mata berpendapat air mata mengandungi sejumlah peratusan racun tertentu yang hanya dapat dikeluarkan daripada tubuh melalui tangisan. Ini menjadikan orang yang menangis bebas daripada racun-racun tersebut.
 Air mata mengandungi 25% protein
Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protien dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ianya dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis.



P/s: Jika korang rasa nak menangis, jangan ditahan-tahan, biarkan ia berlaku kerana ia adalah satu terapi. Tak salah pun korang menangis takde yang nak mengejek. icon razz 5 Sebab Bagus Untuk Menangis



________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Ramuan Teh Limau Nipis untuk Melangsingkan Badan

by PEN MERAH 


Salam..
Hari ini aku nak berkongsi dengan korang ramuan Teh Limau Nipis supaya korang yang malas tuh jadik rajin sikit. Aku pun malas jugak sebenarnya tapi nak maintain kan berat punya pasal haruslah rajin.
ice lime tea teh o ais limau Ramuan Teh Limau Nipis untuk Melangsingkan Badan

Bahan;
Limau Nipis
Daun Teh
Air Bersih
Cara Membuat:
Daun teh kering dimasukkan ke dalam air. Panaskan dalam keadaan tertutup hingga mendidih selama 30 minit.
Setelah panas, penutup dibuka dan ditapis hingga diperoleh filrat sebanyak satu gelas.
Tambahkan air perahan limau nipis dan adunkan hingga sebati,
P/s: Ramuan diminum dua kali sehari sebanyak 1 gelas selama satu bulan. Selamat mencuba. icon razz Ramuan Teh Limau Nipis untuk Melangsingkan Badan
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum?

by PEN MERAH 
Ada orang kata jangan minum air banyak-banyak. Minum seteguk dua aje, ini petua untuk awet muda. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari. Yang mana betul? Kena la baca entri aku sampai habis! Wuwuwuuuu.
Drink water health Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum?
Pendapat yang pertama, memang tidak betul. Yang kedua? Tidak berapa betul!! “8 gelas sehari” lebih merupakan sebagai lagenda yang telah diterima sebagai fakta.
Berapa banyak yang perlu diminum? Ianya bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak korang kehilangan air, lebih banyak yang perlu diminum, lebih banyak dari 8 gelas. Tetapi jangan pulak minum terlalu banyak. Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit akan menjadi tak seimbang.
Peringatan: Lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda. Di mana anda boleh memperolehi bekalan elektrolit? Senang aje dari air minuman sukan seperti 100plus, gatorade dan mountain dew. icon razz Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum?
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________



5 Jenis Lelaki Yang Wanita Patut Putuskan Hubungan

Salam semua pembaca setia blog ini, disini admin nak kongsi satu artikel yang aadmin rasa menarik untuk dikongsi bersama dengan pembaca pada hari ini, kengkadang mungkin kaum wanita/perempuan confius nak memilih teman hidup.. Ada mungkin yang takut tersalah pilih, jika ada banyak pilihan semestinya mereka ingin memilih salah sorang yang betul-betul mencintai dan boleh menjaga mereka, disini nak kongsi antara 5 jenis Lelaki Yang Kaum Wanita atau Perempuan Patut Putuskan Hubungan..
5 Jenis Lelaki Yang Wanita Patut Putuskan Hubungan
  1. Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya sudah bertahun2. Ini bermakna bahawa anda bakan orang yang dia inginkan & mungkin juga anda tiada dalam kamus hidupnya.
  2. Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki sebegini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi, bila anda memerlukannya, dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelakkan dari anda.
  3. Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana saja anda berdua. Ibarat merpati sejoli la konon pd pandangan orang. Malangnya hati lelaki tu tak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang dah lama kosong. Jangan buang masa dengan lelaki cenggitu.
  4. Lelaki yang sudah mempunyai kekasih, tapi tetap mahukan anda (tamak betul). Selalunya lelaki macam ini mempunyai ramai awek tapi sekadar memenuhi nafsunya dan masa lapang mereka.
  5. Lelaki yang anggp dirinya sentiasa betul. Pandangan atau setiap perkara yang anda buat salah pada mata atau pandangan dia. Selalunya kalau menjalinkan hubungan dengan lelaki macam ini, anda akan sering dimarah atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal (ego la tu), hal kecik pun nak dibesarkan.
so, adakah korang bertembung dengan 5 jenis lelaki yang disenaraikan diatas nie? jika ya pertimbangkan semula pilihan korang itu, ataupun mungkin korang kurang bersetuju dengan 5 jenis lelaki yang disenaraikan diatas ini?
jom kongsi dari pandangan korang, mungkin ada jenis-jenis lelaki yang lain yang korang leh senaraikan dalam list yang patut korang putuskan hubungan…
p/s : Kepada lelaki sila elakkan diri anda tergolong dari 5 jenis lelaki diatas ini :)

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Salam pembaca MediaSerius sekalian.. Korang pernah rasa sedih? Pernah? Pernah? Ok bagos sebab pernah. Jangan tipu admin kalau korang tak pernah rasa sedih langsung. Oleh kerana admin dalam mood sedih, maka admin akan cuba menceriakan korang semua. (Apakah?) Kat sini admin senaraikan beberapa mende yang mungkin korang akan buat bila korang rasa sedih. Korang PILIH je la mana yang korang suka. Tak payah nak banyak soal dan siasat. HeHe. Tapi kalau ada pilihan sendiri, nyatakan.
tips hilangkan rasa sedih
1) Dengar lagu sedih- sedih sampai telinga jadi pekak.

2) Nangis kuat- kuat kat dalam bilik sampai orang kat sekeliling datang bilik korang sebab takut dengar korang nangis macam baby tak jadi.

3) Melantak macam orang tak makan setahun. Kalau makanan tu tak cukup lagi, ambil yang kawan punya pulak! Makan! Makan! Makan!

4) Kongsi kisah sedih korang dekat sahabat rapat supaya sahabat korang boleh jadi sedih bersama korang atau jadi penasihat agung kepada korang.

5) Baling handset korang ke dinding secara berulang kali supaya korang jadi tenang. Tak baling handset pon baling laptop ke, printer ke, DSLR ke iPhone ke, iPad ke,  atau segala macam mende mahal supaya korang puas hati.

6) Menyanyi sambil menjerit- jerit bagi melepaskan resah di dada even suara tu sedap sikit je dari Amir Raja Lawak. *suara Jep Sepah sedap okeh!

7) Tidur dari pagi sampai ke petang then sambung ke malam pulak dengan harapan rasa sedih tu akan hilang.

8) Main game ‘Plants vs Zombies’ atau ‘angry bird’ sampai ke stage yang terakhir. Tak pon main la game apa- apa yang korang suka sampai mata dah rupa macam panda tak comel.

9) Keluar shopping dan beli semua mende yang korang rasa nak beli even duit masa tu tengah tak de.

10) Muhasabah diri dan tunduk meminta petunjuk kepada YANG ESA.
 Tip Sempoi Hilangkan Rasa Sedih
Serius setiap orang perlukan ketenangan. Serius setiap benci bila berlaku sedih. Tapi kalau korang tak sedih korang tak kan tahu yang hidup ni bukan hanya untuk gembira je. Kan?
Happy person is the one who learns lessons from the past.
P/S:  ok! Peace yawwwww ^.^v share ke fb koran

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Otak merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak meningati pengalaman lepas, dan merupakan punca fikiran, mood, dan emosi.
otak berfikir
Antara 10 Tabiat Rosakkan Otak :
1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
Tabiat Rosakkan Otak
p/s : Jadi gunakanlah otak kita sebaik mungkin kerana otak merupakan organ yang penting untuk manusia berfikir dan pusat kawalan utama bagi badan… Jom kongsi fakta penting ini bersama kawan-kawan facebook korang agar dapat elakkan otak kita daripada rosak.. :)

No comments:

Post a Comment