Moore adalah seorang
doktor terkenal dan dihormati, melalui tangannya sudah tak terhitung nyawa yang
telah diselamatkan, dia tinggal di sebuah bandar tua di Perancis. 20 tahun yang
lalu dia adalah seorang banduan, kekasihnya mengkhianati dia lari kepelukan
lelaki lain, kerana emosinya dia melukai lelaki tersebut, maka dia dari seorang
mahasiswa di universiti terkenal menjadi seorang banduan, dia dipenjara selama
3 tahun.
Setelah dia keluar
dari penjara, kekasihnya telah berkahwin dengan orang lain, kerana statusnya
sebagai bekas banduan menyebabkannya ketika melamar pekerjaan menjadi bahan
ejekan dan penghinaan. Dalam keadaan sakit hati , Moore memutuskan akan menjadi
perompak. Dia telah lalu menyasarkan sebuah rumah di bahagian selatan bandar
untuk dirompak, para dewasa dirumah tersebut semuanya pergi bekerja sampai
malam baru pulang ke rumah, di dalam rumah hanya ada seorang anak kecil buta
yang tinggal sendirian.
Dia pergi ke rumah
tersebut mencungkeil pintu utama membawa sebuah pisau belati, masuk ke dalam
rumah, sebuah suara lembut bertanya, “Siapa itu?” Moore sembarangan menjawab,
“Saya adalah rakan papamu, dia memberikan kunci rumah kepadaku.” Kanak-kanak
kecil ini sangat gembira, tanpa curiga berkata, “Selamat datang, namaku Kay,
tetapi papaku malam baru sampai ke rumah, bapa saudara apakah engkau mahu
bermain sebentar dengan saya?”
Dia memandang dengan
mata yang besar dan terang tetapi tidak melihat apa-apa, dengan wajah penuh
harapan, di bawah tatapan memohon yang tulus, Moore lupa kepada tujuannya, langsung
bersetuju. Yang membuat dia sangat hairan adalah anak yang berumur 8 tahun dan
buta ini boleh bermain piano dengan lancar, lagu-lagu yang dimainkannya sangat
indah dan gembira, walaupun bagi seorang kanak-kanak normal perlu melakukan
usaha besar sampai ke peringkat seperti kanak-kanak buta ini, setelah selesai
bermain piano anak ini melukis sebuah lukisan yang dapat dirasakan di dalam
dunia kanak-kanak buta ini, seperti matahari, bunga, ayah-ibu, teman- teman,
dunia anak buta ini rupanya tidak kosong, walaupun lukisannya kelihatannya
tunggang langgang, yang bulat dan persegi tidak dapat dibezakan, tetapi dia
melukis dengan sangat serius dan tulus.
“Pakcik, apakah
matahari seperti ini?” Moore tiba-tiba merasa sangat terharu, lalu dia melukis
di telapak tangan kanak-kanak ini beberapa bulatan, “Matahari bentuknya bulat
dan terang, dan warnanya keemasan.” “Pakcik, apa warna keemasan itu?” dia
mendongakkan wajahnya yang kecil bertanya, Moore terdiam sejenak, lalu
membawanya ke tempat terik matahari, “Emas adalah sebuah warna yang sangat
cantik, boleh membuat orang merasa hangat, sama seperti kita memakan roti yang
boleh memberi kita kekuatan.” Anak buta ini dengan gembira dengan tangannya
meraba ke empat penjuru, “Pakcik, saya sudah merasakan, sangat hangat , dia
pasti akan sama dengan warna senyuman bapa saudara. ” Moore dengan penuh sabar
menjelaskan kepadanya pelbagai warna dan bentuk barang, dia sengaja
menggambarkan dengan hidup, sehingga anak yang penuh imaginatif ini mudah
memahami.
Anak buta ini mendengar
ceritanya dengan sangat serius, walaupun dia buta, tetapi rasa sentuh dan
pendengaran kanak-kanak ini lebih tajam dan kuat daripada anak normal, tanpa
terasa waktu berlalu dengan cepat. Akhirnya, Moore teringat tujuan
kedatangannya, tetapi Moore tidak mungkin lagi merompak. Hanya kerana kecaman
dan ejekan dari masyarakat dia akan melakukan kejahatan lagi, berdiri di
hadapan Kay dia merasa sangat malu, lalu dia menulis sebuah nota untuk orang
tua Kay, “Tuan dan puan yang terhormat, maafkan saya mencungkil pintu rumah
kamu, kamu adalah orang tua yang hebat, dapat mendidik anak yang demikian baik,
walaupun matanya buta, tetapi hatinya sangat terang, dia mengajarkan kepada
saya banyak hal, dan membuka pintu hati saya. ” Tiga tahun kemudian, Moore
menyelesaikan kuliahnya di universiti perubatan, dan memulakan kerjayanya
sebagai seorang doktor.
Enam tahun kemudian,
dia dan rakan-rakannya mengoperasi mata Kay, sehingga Kay boleh melihat
keindahan dunia ini, kemudian Kay menjadi seorang pemain piano terkenal, yang
mengadakan konsert ke seluruh dunia, setiap mengadakan konsert, Moore akan
berusaha menghadirinya, duduk di sebuah sudut yang tidak ketara, mendengar
muzik indah menyirami jiwanya yang dimainkan oleh seorang pemain piano yang
dulunya buta. Ketika Moore mengalami kekecewaan terhadap dunia dan
kehidupannya, semangat dan kehangatan Kay kecil yang buta ini yang memberikan
kehangatan dan kepercayaan diri kepadanya, Kay kecil yang tinggal di dalam
dunia yang gelap, sama sekali tidak pernah putus asa dan mensia-siakan
hidupnya, dia membuat orang menyedari betapa besar vitalitas dalam hidup ini,
vitalitas dan semangat ini menyentuh ke dasar hati Moore.
Cinta dan harapan akan
dapat membuat seseorang kehilangan niat melakukan kejahatan, sedikit harapan
mungkin boleh menyembuhkan seorang yang putus asa, atau bahkan boleh mengubah
nasib kehidupan seseorang atau kehidupan ramai orang, seperti Moore yang telah
membantu ramai orang, ketika mengalami putus asa maka bukalah pintu hatimu,
maka cahaya harapan akan menyinari hatimu.
No comments:
Post a Comment