Holla . Assalamualaikum . Welcome to my blog . so da datang ni apa lagi ? follow la .taktau kat mana ? nampak tak mushroom yang comel tu ? klick situ yaa :D da follow ? ok tinggalkan jejak anda di shoutbox yaa . thanks :D

Monday, 30 December 2013

Hak Vs Tanggungjawab.

Assalamualaikum . Kadang-kadang aku masih lagi tak paham dengan apa yang mereka di luar sana pikirkan ,. Hanya disebabkan harta sanggup putus sedara , buang ayah dan mak sendiri .Persoalan antara Hak dan Kuasa .

      Seorang anak kecil yang hanya berumur sekitar 9 tahun, Seorang anak tunggal. Mengikut setia ayahnya unuk berhijrah ke tempat orang dengan hanya berbekalkan barangan keperluan sahaja . Tiada kemewahan yang diberikan ,.Namun kegigihannya,. dia terus berusaha membantu ayahnya mencari rezeki. Apabila sudah dewasa dia memeliki berpuluh ekar tanah yang diwarisi daripada hasil titik peluh ayah dan dia selama ini. Setelah berkhawin dia dikurniakan dengan 4 orang cahaya mata. Ditatang bagai minyak yang penuh . Untuk mengelakkan pertelingkahan dia mengagihkan tanah-tanah dia kepada anak-anaknya . Masing-masing mengerjakan bahagian masing-masing tetapi hasilnya dibahagi 3. Si bapa tadi ambil 2/3 daripada hasil kebun mereka tadi . Namun anak yang sulung tidak berpuas hati. Mereka nak kan hasil kebun mereka semuanya. Lalu si bapa pun marah . Akibat daripada itu mereka bertengkar. Akhirnya si anak memulangkan tanah yang dia perolehi tadi. Mungkin semasa pertelingakahan itu si anak ada mengeluarkan perkataan yang kesat sehingga mengakibatkan si bapa marah dan MENGHARAMKAN tanah itu untuk anaknya yang sulung itu. Lalu memberikan tanah tadi kepada dua anak lelakinya. Selepas beberapa tahun daripada kejadian itu tanah-tanah itu dinaikkan nama anak-anak dia . Namun selagi hayat bapanya ada, hasil kebun mereka seperti yang dijanjikan. Kini tibalah masa si bapa menghembuskan nafasnya yang terakhir . Cucu nya memanggil semula anak sulungnya memberitahu tentang kematian bapanya . Namun dia berkata . "AKU TAK ADA BAPAK MACAM TU" .. Dia masih marahkan bapanya . Dalam hayat ibunya yang sakit. Dia langsung tidak mahu menjaga ibunya malah menjengguk ibunya pun susah . Bermacam alasan diberi apabila di minta untuk menjaga ibunya. Tetapi dia ada datang berjumpa dengan adik lelakinya untuk meminta kembali tanah yang dulu miliknya tetapi dia telah memulangkannya semula kerana tidak dapat memiliki keseluruhan hasilnya. Tetapi adik nya itu berpesan agar tunggu , Kerana ibu mereka masih hidup. Adiknya juga berpesan jika terjadi apa-apa kepada dia , kakaknya bolehlah berurusan dengan anaknya yang sulung. Adiknya ada berpesan dia akan memulangkan tanah tu tapi bukan percuma. Akhirnya tiba juga masa untuk adiknya pergi menyusuri bapanya . Sekarang si kakak tadi berjumpa dengan anak sedaranya untuk meminta tanahnya kembali kerana berpenggang dengan dengan kata-kata arwah adiknya. Atas perundingan anak sedaranya akan memberikan tanah tersebut, tetapi seperti yang di pesan bapanya dia tidak akan memberikannya secara percuma. Tanah yang seluas 4ekar itu adalah hasil titik peluh adiknya dan anak sedaranya. Anak sedaranya tidak sanggup untuk memberinya . Tetapi kerana berpegang kepada pesan bapanya.. lalu anaknya memberikan separuh daripada tanah tu dan meminta ganti rugi sebanyak RM35000. Namun si makciknya tidak berpuas hati . Kenapa dia perlu membayar walhal dia berpegang kepada kata-kata adinya yang akan memberikan tanah itu. Dia mengangap anak sedaranya tidak adil kerana dia sudah memilikinya dan memakan hasilnya berpuluh tahun.  Adakah dia lupa yang adiknya akan memberikan tanah tu TETAPI BUKAN PERCUMA ? Adakah dia lupa semua tu hasil titik peluh anak saudara dan adiknya ? Dia tidak berpuas hati lalu memulangkan semula tanah tu dan menyumpah bahawa dia tidak menghalalkannya dunia dan akhirat dan memutuskan persaudaraan mereka.



       Siapakan yang bersalah sebenarnya ?  Tolong bantuu,. Perlukan jawapan .

No comments:

Post a Comment