Holla . Assalamualaikum . Welcome to my blog . so da datang ni apa lagi ? follow la .taktau kat mana ? nampak tak mushroom yang comel tu ? klick situ yaa :D da follow ? ok tinggalkan jejak anda di shoutbox yaa . thanks :D

Monday, 27 August 2012

Raya Paling Bersejerah :D

Hahaha , Kanpa ek bersejarah  Sebab kita dapat baju baru , kasut baru , tudung baru ,,, Apa awak pun dapat . Tapi kan kita dapat MAK BARU . Hahahha . awak ada ?? ada ke ?? HAhahaha ..

yeaa tu la maksud kita . Taun ni ayah kita bagi kita mak baru , hahahhaa . TAhniah ayah . :)
sedih? eyh tak laa . knapa kita perlu pertikaikan soal jodoh ayah kita . da tu rezeki dia . dah jodoh dia . IBu ? ibu kita izin kan , sbb bagi ibu tu da jodoh ayah , lagi pun ayah kita da berkemampuan , tak kan ibu tak bagi pula , Bola nusyuz kan . Memang la wanita mana yang sanggup bermadu , tapi biar la di madukan dari di tinggalkan kan :) Walau macam mana pum ayah kita ada cakap dekat bu kita , " walaupun abg kawin lagi , sayang tetap abg sayang :) " iyee betulo , kita saksi . Tak tipu laa :D

Takpe la , itu semua jodoh ayah ., tak kan kita nak menyangkal ketentuan Allah kan :) yang penting sayang ayah tak berubah :)

banyak jugak peristiwa yang kelakar , ada ke patut adik sedara tanya kenapa ayah kawin lagi , tak pasal2 menipu , hahaha , dia tanya ibu , ibu tak tau nak ckp apa , nak tau ibu cakap apa ? ibi cakap " yelaa  masa paklong kawin ngan maklong adik tak dtg kan . ni la paklong kawin lagi sbb nak jmpot adik dtg :D " hahaha , poyo la ,,

papepunnn ....
SELAMAT PENGANTIN BARU AYAH :D

Friday, 17 August 2012

KISAH SEDIH SEORANG PEROMPAK DAN SEORANG ANAK BUTA







Moore adalah seorang doktor terkenal dan dihormati, melalui tangannya sudah tak terhitung nyawa yang telah diselamatkan, dia tinggal di sebuah bandar tua di Perancis. 20 tahun yang lalu dia adalah seorang banduan, kekasihnya mengkhianati dia lari kepelukan lelaki lain, kerana emosinya dia melukai lelaki tersebut, maka dia dari seorang mahasiswa di universiti terkenal menjadi seorang banduan, dia dipenjara selama 3 tahun.
Setelah dia keluar dari penjara, kekasihnya telah berkahwin dengan orang lain, kerana statusnya sebagai bekas banduan menyebabkannya ketika melamar pekerjaan menjadi bahan ejekan dan penghinaan. Dalam keadaan sakit hati , Moore memutuskan akan menjadi perompak. Dia telah lalu menyasarkan sebuah rumah di bahagian selatan bandar untuk dirompak, para dewasa dirumah tersebut semuanya pergi bekerja sampai malam baru pulang ke rumah, di dalam rumah hanya ada seorang anak kecil buta yang tinggal sendirian.
Dia pergi ke rumah tersebut mencungkeil pintu utama membawa sebuah pisau belati, masuk ke dalam rumah, sebuah suara lembut bertanya, “Siapa itu?” Moore sembarangan menjawab, “Saya adalah rakan papamu, dia memberikan kunci rumah kepadaku.” Kanak-kanak kecil ini sangat gembira, tanpa curiga berkata, “Selamat datang, namaku Kay, tetapi papaku malam baru sampai ke rumah, bapa saudara apakah engkau mahu bermain sebentar dengan saya?”
Dia memandang dengan mata yang besar dan terang tetapi tidak melihat apa-apa, dengan wajah penuh harapan, di bawah tatapan memohon yang tulus, Moore lupa kepada tujuannya, langsung bersetuju. Yang membuat dia sangat hairan adalah anak yang berumur 8 tahun dan buta ini boleh bermain piano dengan lancar, lagu-lagu yang dimainkannya sangat indah dan gembira, walaupun bagi seorang kanak-kanak normal perlu melakukan usaha besar sampai ke peringkat seperti kanak-kanak buta ini, setelah selesai bermain piano anak ini melukis sebuah lukisan yang dapat dirasakan di dalam dunia kanak-kanak buta ini, seperti matahari, bunga, ayah-ibu, teman- teman, dunia anak buta ini rupanya tidak kosong, walaupun lukisannya kelihatannya tunggang langgang, yang bulat dan persegi tidak dapat dibezakan, tetapi dia melukis dengan sangat serius dan tulus.
“Pakcik, apakah matahari seperti ini?” Moore tiba-tiba merasa sangat terharu, lalu dia melukis di telapak tangan kanak-kanak ini beberapa bulatan, “Matahari bentuknya bulat dan terang, dan warnanya keemasan.” “Pakcik, apa warna keemasan itu?” dia mendongakkan wajahnya yang kecil bertanya, Moore terdiam sejenak, lalu membawanya ke tempat terik matahari, “Emas adalah sebuah warna yang sangat cantik, boleh membuat orang merasa hangat, sama seperti kita memakan roti yang boleh memberi kita kekuatan.” Anak buta ini dengan gembira dengan tangannya meraba ke empat penjuru, “Pakcik, saya sudah merasakan, sangat hangat , dia pasti akan sama dengan warna senyuman bapa saudara. ” Moore dengan penuh sabar menjelaskan kepadanya pelbagai warna dan bentuk barang, dia sengaja menggambarkan dengan hidup, sehingga anak yang penuh imaginatif ini mudah memahami.
Anak buta ini mendengar ceritanya dengan sangat serius, walaupun dia buta, tetapi rasa sentuh dan pendengaran kanak-kanak ini lebih tajam dan kuat daripada anak normal, tanpa terasa waktu berlalu dengan cepat. Akhirnya, Moore teringat tujuan kedatangannya, tetapi Moore tidak mungkin lagi merompak. Hanya kerana kecaman dan ejekan dari masyarakat dia akan melakukan kejahatan lagi, berdiri di hadapan Kay dia merasa sangat malu, lalu dia menulis sebuah nota untuk orang tua Kay, “Tuan dan puan yang terhormat, maafkan saya mencungkil pintu rumah kamu, kamu adalah orang tua yang hebat, dapat mendidik anak yang demikian baik, walaupun matanya buta, tetapi hatinya sangat terang, dia mengajarkan kepada saya banyak hal, dan membuka pintu hati saya. ” Tiga tahun kemudian, Moore menyelesaikan kuliahnya di universiti perubatan, dan memulakan kerjayanya sebagai seorang doktor.
Enam tahun kemudian, dia dan rakan-rakannya mengoperasi mata Kay, sehingga Kay boleh melihat keindahan dunia ini, kemudian Kay menjadi seorang pemain piano terkenal, yang mengadakan konsert ke seluruh dunia, setiap mengadakan konsert, Moore akan berusaha menghadirinya, duduk di sebuah sudut yang tidak ketara, mendengar muzik indah menyirami jiwanya yang dimainkan oleh seorang pemain piano yang dulunya buta. Ketika Moore mengalami kekecewaan terhadap dunia dan kehidupannya, semangat dan kehangatan Kay kecil yang buta ini yang memberikan kehangatan dan kepercayaan diri kepadanya, Kay kecil yang tinggal di dalam dunia yang gelap, sama sekali tidak pernah putus asa dan mensia-siakan hidupnya, dia membuat orang menyedari betapa besar vitalitas dalam hidup ini, vitalitas dan semangat ini menyentuh ke dasar hati Moore.
Cinta dan harapan akan dapat membuat seseorang kehilangan niat melakukan kejahatan, sedikit harapan mungkin boleh menyembuhkan seorang yang putus asa, atau bahkan boleh mengubah nasib kehidupan seseorang atau kehidupan ramai orang, seperti Moore yang telah membantu ramai orang, ketika mengalami putus asa maka bukalah pintu hatimu, maka cahaya harapan akan menyinari hatimu.

Wednesday, 15 August 2012

No comment


Banner
Tahniah! Anda terpilih menyertai Program Latihan Khidmat Negara Siri 10/2013.
NAMA:NURAMALINA AMIRA BINTI MOHD SALLEH @ TAPAK
NO. KP:950731015580
Penempatan pelatih akan dimaklumkan kemudian. Terima kasih.




HAKCIPTA TERPELIHARA © 2012 JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA




#no comment . Hahha .

Monday, 13 August 2012

sekadar untuk renungan :)


.
Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.
Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.
Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.
Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.
Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.
Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.
Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.
Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.
Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!
Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.
Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.
Melayukini.net - Islam tidak pernah memaksa seseorang itu untuk memeluk agama Islam, malah Islam juga bersedia untuk dikaji oleh orang kafir sendiri. Alhamdulillah, bagi kita yang dilahirkan sebagai orang Islam sepatutnya lebih bersykur kerana ia adalah antara nikmat terbesar yang Allah kurniakan kepada kita semua. Semoga kita sentiasa berada dalam keredhaan Allah SWT.