Kita dilahirkan di dunia ini dengan takdir kita sendiri, masing-masing ada ketentuan sendiri. Kita sebagai "khalifah" di muka bumi ini kene redha dengan ketentuan dan sentiasa bersyukur. Tapi kita tak boleh lari dari melakukan kesalahan. Kita sentiasa ada peluang untuk memperbaiki diri, cuma peluang itu datang cepat atau lambat atau pun sudah terlambat.
Lagi pun "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya" tapi itulah yang terjadi pada seorang wanita yang bergelar ibu. Ketika dia mengandung, dia sendiri tidak pernah nak jaga makan dan minumnya. Mengandung pun sebab mak bapak dah bising, " Bila kau nak menimang cahaya mata, tak sabar aku nak menimang cucu"...
Bila tiba sakit bersalinnya datang,lagilah dia menyumpah-nyumpah menyesal mengandung. Katanya baby dalam perut punya pasal, sampai sakit sangat. Eh! memang tak terfikir seorang bakal mak akan marah-marah dalam keadaan begitu.
Uweeekkkkk!! Anaknya selamat dilahirkan. Ingatkan bila melihat anak itu begitu comel sejuk hati ibu mengandung, dia langsung tak pandang anaknya. Malah tak sabar nak hantar ke rumah maknya.
"MAk ambillah, jaga cucu mak ni. Habis lari figure badan aku ni. Lagipun asyik menangis je, ntah apa endaknya?" marah ibu muda itu.
"Yela,bagi aku bela. Kau ni...ni bukan anak orang lain, anak kau juga" Kata nenek cucu itu.
Ditinggalkan babay itu pada emaknya. Agar senang dia nak bekerja, agar senang di anak kemana-mana, agar mudah menjalankan aktiviti hariannya. Suaminya dah berbuih-buih suruh bela sendiri tapi baginya anaknya itu amat menyusahkan.
Dah tentu nenek suka dapat bela cucu, memang cucu dinanti-nantikan buat teman hidup. Sesekali sahaja dia menjenguk anaknya itu pun atas desakan suami yang rindu nak bermain dengan anaknya.
Satu malam dia sakit perut sangat. Pusing kanan sakit, Pusing kiri pun tak boleh tidur. Akhirnya dia mengadu pada suaminya. Jadi mereka berdua ke Hospital malam itu. Bila scan perut dokter kata ada sesuatu dekat perut dan kene tahan wad untuk rawatan seterusnya.
Dokter sahkan ada kanser dekat rahim. Mahu tak meraungnya dia, kene buat pembedahan dengan segera. Dia memengang perutnya kerana selepas ini dia tidak boleh mengandung lagi. Tiba-tiba dia rasa rindu dan baru rasa menghargai akan kehadiran babynya.
"MAk, Orang baru nak talefon..mak dah tepon. Orang baru nak bagitau ni, orang nak kene bedah ni. Mak, nanti mak bawa baby ea, orang nak cium-cium baby tu mak.Orang rindu sangat dengan baby tu. Mak, lepas ni orang nak bela sendirilah baby tu mak.Mak...mak, kenapa mak nangis? alaa mak ni, bukan tak tengok baby lagi. Nanti orang cuti orang bawak lah baby ke rumah mak. Mak.." dia terberhenti cakap bila dengar sedu maknya semakin kuat.
" Mak, tak payah la nangis orang kene bedah je..INsyaAllah lepas ni orang ok. Orang tak sabar nak peluk baby mak. Orang tahu orang silap sebab selama ni marah-marah dekat baby. Rupanya orang sayang dengan baby tu. Mak datang ea bawak baby." sambung dia lagi.
Dalam tersedu sedan maknya menjawab kata-kata anaknya "kalau boleh tangguhkan dulu pembedahan tu, balik la sini baby kau dah tak ada. Kami semua kemalangan, Mak dekat hospital ni." Mak dia tak tertahan menahan tangisan. " Mak!!! orang nak baby."
Tersandar ibu muda itu, Tak sempat memeluk baby yang dikurniakan kepadanya selama ini."orang nak baby!!!" Dia meraung kesedihan..
*sayangilah cahaya mata anda sebelum apa-apa terjadi
#CREADIT TO ALYA IN RED.